Wednesday 6 April 2016

Melatih Anak Kencing dengan Baby Potties

Hi mommies,,

Pasti ada di antara ibu-ibu diluar sana risau dengan anak anda yang masih memakai lampin pakai buang walaupun sudah berumur 4 - 6 tahun. Ada yang masih kecing malam dan ini sudah pasti sangat menyukarkan ibu bapa kerana terpaksa menjemur tilam/toto setiap kali mereka berbuat demikian.

Kita tidak boleh marah mereka kerana kita hanya memberi mereka tekanan. Sebaliknya kita boleh 'ransang' otak mereka untuk bangun ke tandas apabila rasa mahu kecing atau membuang air besar.

Jadi, bagaimana mahu melatih mereka untuk kencing di tandas?


1. Berkampung di tandas

Berkampung? Pelik bunyinya, tapi benar. Ajak anak anda ke tandas sambil membuat bunyi kecing seperti 'syhhh' sambil mengalirkan air paip.
Pasti dia terasa seperti mahu kencing!

Mungkin ini akan mengambil masa yang lama, namun anda perlu cuba juga. Buat sekerap yang anda mampu agar dia boleh membiasakan diri berada di tandas untuk kencing dan tahu 'nak kencing hanya di tandas'


2. Sentiasa bertanya dan ajak

Kerap bertanya pada si kecil anda adakah dia mahu kencing. Pastikan dia memberi jawapan yang menyakinkan. Jika anak anda seperti teragak-agak, cepat-cepat bawa ke tandas. Mungkin dia sedang menahan.

Contoh:
"Adik, adik nak kencing tak? Jom kita pergi tandas"


3. Selalu Ingatkan

Sentiasa berkomunikasi dengan anak anda dan ingatkan bahawa dia tidak memakai lampin. Jadi jika dia mahu kencing , bagitahu anda dengan segara.

Contoh:

"Adik, adik tak pakai lampin, kalau adik nak kencing, bagi tahu mama ea.." - sehingga dia angguk tanda faham.


4. Latih seawal yang mungkin

Jika boleh, latih mereka kencing seawal yang mungkin. Umur 1 tahun keatas adalah waktu terbaik untuk memberi pendedahan. Tidak perlu kerap, cuma perlu memperkenalkannya.

Pada usia hampir ke 2 tahun, anda perlu melatih dengan lebih kerap dan ransang minda mereka untuk memberitahu anda 'sebelum' dia mahu kencing.

Pada usia 2 tahun, latih mereka tanpa menggunakan lampin pakai buang. Lakukan sekali sekala sehingga mereka biasa.

Pada usia 3 tahun, seharusnya, mereka peka dan tahu apa yang perlu mereka lakukan dan dimana.


5. Latih di mana sahaja

Mungkin jarak ke tandas agak jauh, anda boleh menggunakan Baby Potties. Jadi, boleh latih dia untuk kecing atau membuang air besar hanya di ruang tamu. Mungkin dia sedang menonton cerita kegemarannya dan tidak mahu berganjak. Jadi ini adalah cara terbaik.

Ada juga anak yang jenis liat..bukan 'malas'..tetapi dia tidak mahu berjalan ke tandas..dan dia tidak mahu dipaksa. Kita perlu faham sifat mereka sambil mengawal emosi kita agar tidak cepat melenting.

Dengan Baby Potties, anda boleh melatih anak anda untuk kencing tanpa memaksa dia berjalan jauh ke tandas, Hanya buka seluar si kecil dan buat bunyi seolah-olah mahu kecing atau membuang air besar.


Bersabar dan semoga berjaya.

Baby Potties

Apa yang menarik tentang Baby Potty??

Terdapat 3 pilihan warna, biru, pink dan hijau. Pilih warna yang digemarinya untuk mendapatkan mood yang baik. Rangsang minda anak anda untuk kencing sendiri dengan baby potties. 

Direka dengan tempat duduk yang selesa sesuai dengan ketinggian mereka. Boleh diguna seawal 1-3 tahun.


Whatsapp 011-12715841 untuk order.


Tawaran terhad. 

Harga asal RM 29.90,  kini hanya RM 19 

Tempah segera. Whatsapp 011-12715841